15,573 kes baharu, catatan tertinggi harian COVID-19

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Malaysia sekali lagi mencatatkan kes harian COVID-19 tertinggi hari ini dengan 15,573 kes baharu.

-Advertisement-

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pertambahan kes berkenaan sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 meningkat kepada 980,491 kes.

Katanya, Selangor kekal menjadi penyumbang utama pertambahan kes COVID-19 di negara ini iaitu sebanyak 7,672 kes diikuti Kuala Lumpur dengan 2,063 kes.

-Advertisement-

“Selain itu ialah Kedah dengan 937 kes baharu, Johor (722), Negeri Sembilan (682), Pulau Pinang (530), Sabah (516), Sarawak (461), Pahang (457), Melaka (452), Perak (415), Kelantan (372) dan Terengganu (229).

“Turut mencatatkan pertambahan kes hari ini ialah Putrajaya dengan 41 kes, Labuan (21) dan Perlis (tiga),” katanya dalam Facebook hari ini.-BH