PETALING JAYA: Kes jangkitan koronavirus meningkat kepada 12 kes, selepas 2 rakyat Malaysia yang dibawa pulang dari Wuhan semalam disahkan positif koronavirus.
-Advertisement-
Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata 2 individu yang sedang dirawat di wad isolasi Hospital Tuanku Jaafar, Seremban itu dilaporkan dalam keadaan stabil.
-Advertisement-
Pesawat AirAsia yang membawa 88 rakyat Malaysia dan 19 waris bukan warganegara Malaysia yang terkandas di Wuhan, China tiba di Sepang pada 6 pagi semalam.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan mengesahkan seorang wanita warga Kanada dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk ujian koronavirus. -FMT