Kualiti udara hampir pulih, seluruh kawasan catat IPU bawah 100

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Kualiti udara negara, hari ini, hampir pulih apabila keseluruhan kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bawah 100.

-Advertisement-

Berdasarkan bacaan IPU terkini dalam portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) setakat jam 8 pagi tadi, 66 kawasan mencatatkan kualiti udara sederhana, manakala Besut, Terengganu, dan Tanjung Malim, Perak, berada pada tahap baik.

-Advertisement-

Johan Setia, Klang, Selangor yang hingga semalam masih mencatat IPU tidak sihat, merekodkan peningkatan kualiti udara apabila kali terakhir berada pada tahap itu jam 6 pagi tadi dengan bacaan 104 sebelum menurun kepada 89 (sederhana) jam 8 pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini meramalkan keadaan jerebu yang melanda negara sejak dua minggu lalu, akan beransur pulih berikutan fasa Monsun Peralihan bermula 24 September.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). – BERNAMA

Share this Article
  • 10
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    10
    Shares