Strategi Royal College of Surgeons of Edinburgh dilancar, bantu pakar bedah dan pergigian

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR- Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir hari ini melancarkan ‘Strategi Antarabangsa Royal College of Surgeons of Edinburgh Untuk Menyokong Pakar Bedah dan Pergigian Sedunia’, di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), di sini.

-Advertisement-

Turut hadir di majlis pelancaran ialah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud.

Strategi tersebut dilancarkan dengan matlamat menyokong pakar bedah dan pergigian di seluruh dunia menerusi pendidikan, latihan dan peperiksaan bagi mencapai standard tertinggi pembedahan dan pergigian dengan memfokus kepada standard dan amalan keselamatan pesakit di seantero dunia.

-Advertisement-

Pada majlis itu, Naib Presiden the Royal College of Surgeons of Edinburgh (RCSEd) Pala Rajesh berkata kekurangan pakar bedah di Malaysia sekarang, peningkatan populasi penduduk tua ditambah trend amalan penjagaan kesihatan yang meningkat menyebabkan bertambahnya permintaan bagi perkhidmatan bedah.

“Negara memerlukan lebih ramai pakar bedah pada masa depan dan mahu menggalakkan doktor muda dan penuntut perubatan melanjutkan kerjaya mereka dalam bidang pembedahan,” katanya.

Berpangkalan di Scotland dengan keanggotaan seramai 27,000 dari lebih 100 negara, RCSEd mempengaruhi dasar penjagaan kesihatan di seluruh United Kingdom dan kini merintis haluan ke Malaysia untuk berkembang di rantau ASEAN.

Pada 2018, RCSEd mengumumkan kolaborasi dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi mewujudkan RCSEd Malaysia untuk memberi khidmat lebih baik kepada ahli-ahli dalam bidang itu pada masa depan. – Bernama

Share this Article
  • 4
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    4
    Shares