Naib Presiden BAM Khoo meninggal dunia

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR- Naib Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Dr Khoo Kim Eng meninggal dunia awal pagi tadi di Melaka.

-Advertisement-

Pentadbir berdedikasi yang berusia 77 tahun, yang juga Presiden Persatuan Badminton Melaka sejak 1999, berkhidmat paling lama sebagai Naib Presiden BAM selama 20 tahun.

-Advertisement-

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata mendiang menunjukkan bahawa, beliau adalah seorang pemimpin yang benar-benar mahu memberi sumbangan kepada sukan itu sepanjang masa.

“Saya berdukacita apabila menerima berita mengenai pemergian Datuk Dr Khoo. Beliau adalah sumber kebijaksanaan yang tidak ternilai, ahli kepimpinan BAM yang setia dan telah banyak menyumbang kepada pembangunan sukan di Melaka.

“Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarganya tetapi juga kepada komuniti badminton. Semua dalam BAM bersedih bersama keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang pada masa yang sangat sukar ini, “katanya dalam satu kenyataan.- Bernama

Share this Article
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares