Polis New Zealand berkas lelaki disyaki buat ancaman bom

Estimate Reading Time: < 1 minute

MOSCOW- Seorang lelaki telah diberkas kerana disyaki mengancam untuk melancarkan serangan bom di ibu kota New Zealand, Wellington, lapor agensi berita Rusia Sputnik memetik kenyataan polis pada Isnin.

-Advertisement-

“Susulan ancaman yang dibuat oleh seorang individu petang ini, polis telah menyerbu dan membersihkan tiga lokasi di Hutt Valley dan pusat bandar Wellington. Ketiga-tiga lokasi didapati selamat dan telah dibuka semula,” menurut polis dalam kenyataan itu.

-Advertisement-

Polis turut menerima satu laporan mengenai satu objek yang disyaki berhampiran Teater Circa namun item itu didapati tidak berbahaya. Menurut stesen radio tempatan RNZ, antara potensi sasaran ialah parlimen negara itu.

Pada Mac, New Zealand telah dikejutkan dengan dua insiden tembakan rambang di Masjid Al Noor dan Pusat Islam Linwood di Christchurch. Tragedi itu menyebabkan 50 orang maut dan 50 lagi cedera.

Susulan serangan itu, kerajaan Perdana Menteri Jacinda Ardern memulakan satu inkuiri ke atas perkhidmatan keselamatan bagi menghalang kejadian serupa berulang.-Bernama

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share