India rai ulang tahun ke-150 Mahatma Gandhi

Estimate Reading Time: < 1 minute

MUMBAI: Perdana Menteri India, Narendra Modi memberi penghormatan terhadap Mahatma Gandhi, sempena ulang tahun ke-150 tokoh itu di tugu peringatannya di New Delhi, semalam.

Selain tokoh politik dan pelajar sekolah, sambutan itu turut disertai orang ramai yang berkumpul di tugu peringatan berkenaan, bagi memberikan penghormatan.

India meraikan ulang tahun Gandhi dan Hari Antarabangsa Tanpa Keganasan, pada 2 Oktober setiap tahun, iaitu isu yang diperjuangkan oleh tokoh itu, sepanjang hidupnya.

Gandhi yang dilahirkan pada 1869, memainkan peranan penting dalam perjuangan menuntut kemerdekaan India.

Beliau mati dibunuh seorang pelampau radikal Hindu pada 30 Januari 1948, iaitu beberapa bulan selepas mengetuai pembebasan India dari pemerintahan Britain, yang diperoleh tanpa keganasan.

“Seluruh dunia meraikan ulang tahun kelahiran Gandhi,” kata Modi.

Modi sering berkongsi kisah Gandhi dalam ucapannya dengan menyatakan bahawa idea dan falsafah tokoh itu, amat sesuai dengan keadaan semasa, sama seperti ketika mendiang masih hidup. – BHarian

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share