Kereta meletup, enam maut di Afghanistan

Estimate Reading Time: < 1 minute

MAHMUD-E-RAQI (Afghanistan)- Enam orang awam terbunuh manakala dua yang lain cedera selepas bom yang ditanam di bahu jalan raya menyebabkan sebuah kereta meletup, di wilayah Kapisa timur Afghanistan pada Selasa, lapor agensi berita Xinhua.

-Advertisement-

-Advertisement-

Jurucakap polis daerah Abdul Shaeq Shurash berkata pada Rabu bom itu dipercayai ditanam militan Taliban di sebatang jalan raya di daerah Nijrab, mengakibatkan enam penumpang termasuk wanita dan kanak-kanak maut di tempat kejadian. Setakat ini militan Taliban belum memberikan sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden itu.- BERNAMA

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share