Lebih 300 ditahan masuk zon larangan loji nuklear Chernobyl

Estimate Reading Time: < 1 minute

KYIV- Lebih 300 pelancong ditahan kerana memasuki kawasan larangan di sekitar Loji Nuklear Chernobyl, lapor agensi berita Sputnik.

-Advertisement-

Menurut data Jabatan Polis Kyiv sejak awal 2019, seramai 323 pelancong termasuk 70 warga asing ditahan kerana memasuki zon larangan itu tanpa melalui pemeriksaan di pos kawalan.

Terdahulu, dilaporkan sejumlah 74,700 orang melawat zon larangan itu dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

-Advertisement-

Loji Nuklear Chernobyl terletak kira-kira 110 kilometer di utara Kyiv, menyaksikan insiden nuklear paling tragis dalam sejarah manusia berlaku pada 26 April 1986.

Sejak itu, kawasan di sekitarnya diisytiharkan sebagai zon larangan dan rakyat biasa tidak dibenar memasukinya.

Apabila tahap radiasi berkurangan, kawasan seluas 30 meter persegi di sekitar kilang dibuka secara rasmi kepada pelancong pada 2010.- BERNAMA

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share