Waytha Moorthy kekal menteri

Estimate Reading Time: < 1 minute

“SAYA masih boleh simpan dia sebagai menteri,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

-Advertisement-

Perdana Menteri berkata demikian berkaitan kedudukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy selepas selesai inkues Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Beliau tidak akan memecat menteri kontroversi berkenaan kerana tidak menimbulkan apa-apa masalah.

-Advertisement-

“Saya tak nampak apa yang buat masalahnya,” kata beliau kepada media selepas melancarkan Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (DKKA) di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya, hari ini.

Januari lalu Dr Mahathir dipetik berkata akan membuat keputusan mengenai kedudukan Waytha Moorthy sebagai menteri selepas menerima laporan penuh inkues kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib.

Dr Mahathir membuat kenyataan itu berikutan peningkatan desakan supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga perpaduan dan integriti nasional dilucutkan jawatan selepas kematian Allahyarham yang dipukul perusuh kuil di Subang Jaya, November lalu.

Berkaitan gesaan pihak tertentu supaya peralihan kuasa kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim disegerakan, beliau menegaskan tidak pernah memikirkan perkara itu. – Harian Metro

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share