Pesawat Jordan serang kedudukan IS selepas pembunuhan juruterbang

Estimate Reading Time: < 1 minute

AMMAN: Jordan menyatakan pesawat perangnya melancarkan serangan baharu terhadap kumpulan IS selepas berikrar akan bertindak balas terhadap perbuatan membakar hidup-hidup juruterbangnya yang ditawan di Syria.

-Advertisement-

Pengumuman itu dibuat selepas Raja Abdullah II menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga juruterbang itu yang menggesa kerajaan Jordan “memusnahkan” militan berkenaan.

“Tentera Udara Jordan melancarkan serangan ke atas kedudukan kumpulan IS,” kata seorang pegawai kerajaan.

-Advertisement-

Beliau tidak menyatakan di mana atau bila serangan itu dilakukan tetapi berkata pihak tentera akan mengeluarkan satu kenyataan kemudian.

Jordan sering melancarkan serangan terhadap kumpulan IS di Syria sebagai sebahagian daripada kempen yang diketuai AS.

Pembunuhan kejam juruterbang Maaz al-Kassasbeh yang ditawan oleh IS pada Disember lalu apabila pesawat F-16 yang dipandunya terhempas di Syria, menambah sokongan di Jordan supaya tindakan ketenteraan ditingkatkan.- BHarian

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share