Polis cari waris mayat lelaki terapung

Estimate Reading Time: < 1 minute

GEORGETOWN- Polis sedang mengesan anggota keluarga atau rakan seorang lelaki yang mayatnya ditemui terapung dan hampir reput di perairan Teluk Kampi, dekat sini pada Khamis lepas.

-Advertisement-

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata mayat itu yang hanya memakai seluar pendek berwarna gelap dan juga seluar dalam lelaki jenama ‘Body Glove’ warna gelap itu ditemui oleh seorang nelayan kira-kira pukul 5 petang.

-Advertisement-

“Setakat ini mayat itu belum dikenal pasti identiti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersamanya. Mayat itu dijumpai tanpa kepala dan tangan serta hanya kaki dan paras lutut. Mayat itu dipercayai telah berada di dalam air lebih seminggu,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Anbalagan berkata bedah siasat mendapati kematian lelaki berkulit cerah itu tiada unsur jenayah.

Katanya orang ramai yang kehilangan anggota keluarga diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya untuk membantu siasatan atau menghubungi Ketua Polis Balai Komuniti Sungai Pinang Sjn Abdul Aziz Ishak di talian 012-4993220 atau Balai Polis Komuniti Sungai Pinang di 04-8660222/04-8668235. – BERNAMA

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share