Tiada bukti saintifik atau akademik sekolah vernakular tidak menyumbang konsep perpaduan di Malaysia – P.Kamalanathan

Estimate Reading Time: < 1 minute

Kuala Lumpur, 7 Okt 2019 (The Capital Post) – Bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan hari ini menyelar resolusi pemansuhan sekolah vernakular di Kongress Maruah Melayu  yang berlangsung semalam dengan berkata tiada bukti saintifik dan akademik yang dapat membuktikan bahawa sekolah  vernakular tidak menyumbang ke arah konsep perpaduan di Malaysia.

-Advertisement-

“Sekolah Tamil pertama wujud lebih 200 tahun dan juga sebelum zaman kemerdekaan Malaysia. Ramai diantara bekas – bekas pelajar sekolah vernakular ini telah mengharumkan nama negara dari bidang sukan sehingga ada yang pernah memegang jawatan Menteri Kerajaan persekutuan Malaysia” kata beliau.

-Advertisement-

Datuk P. Kamalanathan juga mencadangkan agar kerajaan untuk menjalankan satu kajian khusus dan komprehensif dari segi polisi , dasar kerajaan, sosio-ekonomi, peluang pendidikan dan pekerjaan, mobiliti sosial dan ekonomi yang menjadi faktor utama dalam mengikis perpaduan negara dan menyoal kenapa masih wujud soal perpaduan walaupun sudah merdeka lebih 60 tahun.

 “Penekanan yang diberikan oleh Kerajaan BN yang lepas membuktikan kepercayaan kerajaan terdahulu kepada sistem persekolahan vernakular dalam menghasilkan pelajar yang akan memperkasakan pembangunan negara serta kukuh dari segi perpaduan antara satu sama lain.” ujur beliau memuji Kerajaan Barisan Nasional yang memberi keutamaan kepada Sekolah Vernakular.

Kongress Maruah Melayu yang dianjurkan oleh 4 universiti awam membincangkan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat melayu dan Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri Malaysia telah menyampaikan amanat Perdana dalam kongress tersebut. – The Capital Post

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share