Guru wanita rugi RM13,999 ditipu sindiket Macau Scam

Estimate Reading Time: < 1 minute

BERA: Akibat terlalu mempercayai seorang individu tidak dikenali sehingga sanggup berkongsi nombor MyKadnya menyebabkan seorang guru di Benta kerugian RM13,999 ditipu sindiket Macau Scam, semalam.

-Advertisement-

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu berlaku apabila wanita berusia 40 tahun menerima panggilan daripada individu tidak dikenali yang kononnya mendakwa mangsa memohon kad kredit.

“Mangsa menafikan ada membuat permohonan menyebabkan suspek meminta nombor MyKad mangsa supaya dia dapat membatalkan permohonan itu dan mangsa terus memberi maklumat berkenaan.

“Bagaimanapun, beberapa minit kemudian, mangsa menerima notifikasi di telefon pintarnya mendakwa berlaku pemindahan wang sebanyak dua kali dari akaun banknya ke akaun tidak dikenali,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

-Advertisement-

Mohd Wazir berkata, mangsa menerima satu mesej ke telefonnya menyatakan, dia ada memindahkan wang sebanyak RM13,000 daripada akaun ke akaun yang lain.

“Transaksi pertama berjumlah RM6,000 dan transaksi kedua berjumlah RM7,999 ke akaun yang sama.

“Selepas itu mangsa menelefon kepada pihak bank untuk bertanya mengenai akaunnya dan pihak bank memberitahu bahawa ada ada perpindahan sudah berlaku,” katanya.

Katanya, curiga dengan transaksi itu, mangsa segera menghubungi pihak bank bagi menyekat transaksi keluar wang simpanannya dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis, dekat sini, semalam.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan,” katanya. – Bharian

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share