‘Peneman’ lelaki hidung belang

Estimate Reading Time: < 1 minute

BERBEKALKAN tubuh seksi dan wajah jelita, 17 wanita warga asing mampu menyara hidup dengan memikat lelaki hidung belang yang dahagakan kasih sayang.

-Advertisement-

Mereka mengenakan bayaran RM400 bagi menemani lelaki berkenaan di sebuah pusat karaoke di Jalan Perdana, di Ampang Jaya.

Bagaimanapun, semua mereka berjaya ditahan dalam serbuan oleh sepasukan polis Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor, malam tadi.

Dalam serbuan bermula 12 tengah malam itu, polis turut menahan tujuh lelaki Bangladesh, seorang lelaki Myanmar dan dua lelaki tempatan berusia 20 hingga 40 tahun yang bekerja di premis itu.

-Advertisement-

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Azmi Shukor berkata, pihaknya berjaya mengesan kegiatan ditawarkan di premis berkenaan hasil risikan anggotanya.

Katanya, untuk mendapatkan perkhidmatan itu, pelanggan perlu membuat bayaran dengan harga tertentu terlebih dahulu.

“Gadis warga Vietnam, dan Thailand ini mampu meraih pendapatan sebanyak RM300 hingga RM400 sehari dengan melayan pelanggan minum dan berkaraoke di premis beroperasi mulai 6 petang hingga 3 pagi.

“Siasatan mendapati pusat hiburan itu bukan saja tiada lesen perniagaan sah, malah turut menggunakan khidmat warga asing tanpa permit untuk bekerja sebagai GRO,” katanya.

Azmi berkata, pemeriksaan juga turut dilakukan terhadap 10 pelanggan yang berada di premis itu tetapi tiada tangkapan dibuat.

“Semua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk proses dokumentasi.

“Semua warga asing berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/1963 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya. -Metro

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share