[VIDEO] Warga China lari bertempiaran di Cyberjaya

Estimate Reading Time: < 1 minute

Cyberjaya, 21 Nov-(The Capital Post) – Puluhan warganegara China lari bertempiaran bagi meloloskan diri daripada ditangkap oleh Jabatan Imigresen yang telah menumpaskan sindiket penipuan pelaburan dalam talian terbesar di salah sebuah bangunan di Cyberjaya, semalam.

-Advertisement-

Semua individu dari negara China tersebut bertindak melompat dari bangunan enam tingkat dan berlari tanpa menghiraukan keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain semata – mata untuk mengelakkan diri mereka ditangkap. Tindakan mereka menyebabkan pengguna jalan raya terkejut melihat sekumpulan warga China lari bertempiaran tidak tentu arah dan ada yang hampir menyebabkan kemalangan.

-Advertisement-

Video yang dikongsikan oleh segelintir pengguna laman media sosial memaparkan gelagat berani mati oleh warganegara china tersebut yang mengundang kemarahan pengguna media online yang kesal Malaysia dijadikan sebagai Hub Scammers.

Dalam pada itu, Jabatan Imigresen telah mengesahkan seramai 680 warganegara terbabit ditahan dalam serbuan tersebut. Mereka yang berusia 19 hingga 35 tahun dipercayai menjalankan aktiviti scam (penipuan) secara dalam talian yang berpusat di China dan disyaki sudah beroperasi sejak enam bulan lalu. – The Capital Post

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share