[VIDEO] Aksi Biadap “Samseng” Sekolah!

Estimate Reading Time: < 1 minute

Kuala Lumpur, 28 Nov 19 (The Capital Post) – Aksi biadap beberapa pelajar sekolah tular di media sosial sejak malam semalam memaparkan aksi seperti membakar mercun dan membonceng motorsikal secara merbahaya di hadapan pintu masuk sekolah.

-Advertisement-

Insiden ini yang dipercayai berlaku di salah sebuah sekolah di negeri Selangor juga memaparkan sekumpulan pelajar yang seolah “meraikan” hari-hari terakhir persekolahan mereka dengan “public stund” mereka. Sikap pelajar ini telah mengundang bahaya dan kesesakan lalu lintas kepada pengguna jalan raya lain yang dilihat telah memberhenti kenderaan mereka agar tidak terkena serpihan mercun.

-Advertisement-

Turut kelihatan Pengawal Keselematan sekolah yang berdiri dihadapan pintu masuk sekolah tidak dapat berbuat apa – apa untuk memberhentikan gelagat pelajar berkenaan. Pihak The Capital Post sedang menunggu maklum balas daripada pihak sekolah berkaitan insiden berkenaan – The Capital Post

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share