Warganegara Bangladesh diburu, Jabatan Imigresen Mohon Bantuan Orang Ramai

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 28 Nov 19 (The Capital Post)- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyeru orang ramai untuk memberi maklumat berikutan seorang lelaki warga asing dari Bangladesh yang bernama Jashim Uddin dengan Pasport Bangladesh yang bernombor BC0377728.

-Advertisement-

-Advertisement-

Lelaki itu dikehendaki bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah Seksyen Sepang berhubung satu kes pendakwaan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Alamat terakhir warga asing yang berumur 31 tahun  itu adalah di ZAHID STORE, NO 44, JALAN SUASA 4, PEKAN SUNGAI BESI, 57000, KUALA LUMPUR.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta untuk hubungi terus Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia di talian 03-88801338/1330 (pada waktu pejabat) atau Bilik Gerakan di talian 03-88801555 (selepas waktu pejabat). Perkara itu diumumkan melalui kenyataan media yang dikeluarkan Jabatan Imigresen Malaysia pada 27 November, semalam. -The Capital Post

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share