[VIDEO] Wanita Dera Anak Tiri di Tahan Polis

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 7 Dis – (The Capital Post) Polis menahan seorang wanita dipercayai mendera anak tirinya berusia sembilan tahun, di sebuah pangsapuri di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Aman, Jinjang di sini, semalam.

-Advertisement-

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa berkata wanita berusia 22 tahun itu ditahan susulan laporan polis berhubung sebuah klip video berdurasi satu minit 16 saat yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menurutnya, menerusi video itu, wanita tersebut kelihatan menggunakan sejenis alat dipercayai sebatang pen sambil memberikan amaran dan memarahi kanak-kanak perempuan itu.

-Advertisement-

“Mangsa diselamatkan oleh pihak polis dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan serta rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rusdi berkata wanita itu ditahan Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah (D11), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan keterangan daripada ahli keluarga mangsa juga telah diambil untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001. – The Capital Post

Share this Article
  • 8
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    8
    Shares