Yusoff Rawther minta perlindungan Polis, mohon siasat Anwar Ibrahim

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 7 Dis 19 – (The Capital Post) Muhammed Yusoff Rawther hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Sentul untuk memohon pihak polis untuk menjalankan siasatan atas dakwaan insiden yang berlaku terhadap dirinya di Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun lepas.

-Advertisement-

Rawther mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim berkelakukan kurang sopan dan tidak senonoh berikutan daripada Akuan Sumpah yang dibuat oleh Rawther beberapa hari lepas. Kejadian ini dikatakan berlaku ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Pilihan Raya Kecil Port Dickson tahun lepas.

-Advertisement-

Rawther juga memaklumkan kepada pihak polis keselamatan dirinya terancam selepas membuat sidang media mengenai isu ini pada 5 Disember lalu.  – The Capital Post.

Laporan Polis yang dibuat oleh Muhammed Yusoff Rawther di Balai Polis Sentul pada 7 Disember 2019
Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share