Mohammad Shatar dilantik semula Naib Canselor UPSI

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 2 Januari (The Capital Post) – Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran dilantik semula sebagai Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkuat kuasa 24 Feb ini.

Pelantikan Mohammad Shatar itu bagi tempoh dua tahun sehingga 23 Feb 2022 selaras dengan Seksyen 12(1) Perlembagaan UPSI.

Mohammad Shatar yang menerima surat lantikan daripada Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik bertarikh 20 Dis, menganggap ia satu kepercayaan dan amanah yang diberikan untuk terus menerajui serta meningkatkan imej UPSI, selari dengan misi ‘UPSI Global’.

-Advertisement-

-Advertisement-

“UPSI akan berusaha melahirkan graduan yang mencapai kualiti antarabangsa sekali gus membolehkan pendidik UPSI bukan sahaja disalurkan kepada sekolah-sekolah kerajaan malahan swasta, antarabangsa juga sekolah-sekolah di luar negara,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Komunikasi Korporat UPSI, hari ini.

Beliau berkata UPSI juga akan cuba melebarkan pengaruh bahasa Melayu menerusi pusat bahasa sedia ada di Uzbekistan, dan seterusnya di China, Jerman dan Turki.

UPSI juga katanya akan meningkatkan pengaruh dan penglibatan dalam memberi latihan kepada pelajar dari China dan Timur Tengah dalam menguasai bahasa Inggeris dengan penubuhan pusat bahasa di negara berkenaan. – The Capital

Share this Article
  • 4
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    4
    Shares