RASMI : BN Menang PRK Kimanis

Estimate Reading Time: < 1 minute

KIMANIS, 18 Jan 2020 (The Capital Post) – Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi P.176 Parlimen Kimanis apabila calonnya, Datuk Mohamad Alamin selepas meraih 12,706 ribu undi menewaskan calon Warisan Datuk Karim Bujang yang mendapat undi sebanyak 10,677 ribu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.

Kemenangan kerusi Parlimen Kimanis ini memberikan suntikan kepada Barisan Nasional selepas kemenangan besar di PRK Tanjung Piai dan PRK Cameron Highlands dan juga merupakan kemenangan pertama Barisan Nasional di Negeri Sabah selepas PRU 14.

-Advertisement-

Kehadiran bekas Perdana Menteri Dato Sri NajibTun Abdul Razak sewaktu tempoh kempen telah sedikit sebanyak telah meningkatkan undi di  Dun Bongawan dan Dun Membakut dan isu Pas Sementara Sabah (PSS) merupakan antara sebab utama kekalahan calon Parti Warisan dalam PRK ini.

-Advertisement-

PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan berikutan Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan Datuk Seri Anifah Aman bagi kerusi Parlimen Kimanis, Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya. – The Capital Post

Share this Article
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •