[VIDEO] Warga Emas ditumbuk Penguatkuasa

Estimate Reading Time: < 1 minute

SUBANG JAYA, 13 Feb 2020 (The Capital Post) – Seorang warga emas ditumbuk oleh penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) selepas warga emas tersebut memukul penguatkuasa dengan payung.

Insiden tersebut dipercayai berlaku ketika warga emas tersebut memakir kereta dibahu jalan untuk pergi ke Bank. Penguatkuasa yang melakukan rondaan telah mengenalpasti kenderaan tersebut menghalang lalu lintas dan telah memulakan proses penarikan kenderaan tersebut ke depoh.

-Advertisement-

Mangsa yang tiba ke tempat kejadian tidak berpuas hati dengan tindakan penguatkuasa lalu memukulnya dengan sebatang payung. Penguatkuasa tersebut membalasnya dengan satu tumbukan lalu menumbangkan mangsa. Mangsa mengalami kecederaan di kepala dilihat berdarah dalam sebuah rakaman video durasi 37 saat yang tersebar di media sosial. – The Capital Post

-Advertisement-

Share this Article
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •