33 tentera Turki terbunuh di Idlib, Syria

Estimate Reading Time: < 1 minute

ISTANBUL: Serangan udara tentera Syria di wilayah Idlib semalam mengakibatkan 33 tentera Turki terbunuh.

Gabenor wilayah Hatay di tenggara Turki, Rahmi Dogan, berkata kadar kematian meningkat mendadak berbanding yang diumumkan sebelum ini.

-Advertisement-

“Tentera yang cedera dirawat di Hatay, kerugian besar dialami sejak ketegangan selain kira-kira 42 tentera Turki dilaporkan terkorban di Idlib.

“Konflik semakin tegang apabila Turki menggesa regim Syria untuk berundur dari Idlib sementara Russia menuduh Turki membantu pengganas di Syria,” katanya.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) semalam melaporkan Moscow sedia melakukan gencatan senjata, berikutan kebimbangan selepas menyaksikan perang Idlib berlarutan sejak sembilan tahun lalu.

Agensi berita rasmi SANA memaklumkan, ada pertempuran sengit antara tentera dan kumpulan pengganas di Saraqeb.

-Advertisement-

Kira-kira 950,0000 penduduk terpaksa menyelamatkan diri akibat serangan tentera kerajaan itu, sekali gus meningkatkan kebimbangan mengenai krisis pelarian.

Ketika ini, Turki menjadi tempat berlindung 3.6 juta pelarian Syria sehingga membebankan negara itu menyediakan kemudahan untuk mereka dan difahamkan lebih 500,000 pelarian tidur dalam kesejukan melampau di utara Syria.

Pengarah Eksekutif Majlis Keselamatan Tabung Kanak-Kanak PBB Bersatu (UNICEF), Henrietta Fore, merayu semua pihak supaya bersetuju mengadakan gencatan senjata.

“Berjuta kanak-kanak Syria menangis kelaparan dan kesejukan, cedera, ketakutan dan terpisah dari keluarga. Kita mesti membantu mereka dan keluarga, pilihlah keamanan sejagat,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa PBB, David Miliband, berkata adalah penting bagi anggota UNSC yang bersidang hari ini untuk meluluskan resolusi mengadakan gencatan senjata.

Rabu lalu, sembilan daripada 15 anggota UNSC menggesa Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, untuk meningkatkan usaha mengembalikan keamanan di Idlib.

Kuasa veto Rusia, lazimnya disokong China, sering merencatkan usaha PBB membawa keamanan di Syria. – AGENSI

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share