Muhyiddin Cukup “Nombor” untuk Jawatan Perdana Menteri Malaysia

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 28 Feb 2020 (The Capital Post) – Presiden Parti Pribumi Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan membuat sidang media khas lewat malam ini atau esok untuk mengumumkan bahawa Parti Peribumi Bersatu akan membentuk kerajaan dengan Gabungan Parti daripada Parti BN, PAS, Warisan dan GPS.

Satu Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Wakil Rakyat daripada UMNO dan PAS secara sah mengumumkan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin untuk diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO Negeri Johor untuk membentuk Pentadbiran Negeri Johor semalam.

-Advertisement-

Persepakatan antara Parti PPBM, BN dan PAS yang terjalin di Johor membolehkan usaha mereka menubuhkan satu gabungan Parti Baharu pada peringkat Persekutuan menjadi realiti.

Menurut Sumber, Tan Sri Muhyiddin mempunyai sokongan wakil rakyat sebanyak 126 orang dan angka ini termasuk dengan sokongan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dijangka akan turut menyokong pencalonan Tan Sri Muhiyddin Yassin.

-Advertisement-

Pihak Istana dijangka akan memanggil semua Ketua Pemimpin – Pemimpin Parti Politik untuk menyemak kembali sokongan yang dimiliki oleh masing – masing bagi membolehkan Perdana Menteri dan barisan Kabinet dapat dilantik. – The Capital Post

 

Share this Article
  • 1.2K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1.2K
    Shares