Tiada PRU, Agong Mahu Jumpa Ketua Parti Politik

Estimate Reading Time: < 1 minute

ISTANA NEGARA, 28 Feb 2020 (The Capital Post) – Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah mengumumkan selepas proses temu bual dengan semua ahli parlimen pada 25 Februari lepas, Seri Paduka Baginda masih belum memperolehi keyakinan mengenai seorang Ahli Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan baharu.

-Advertisement-

Seri Paduka Baginda juga berkata menerima keputusan yang diambil oleh Yang di-pertua Dewan Rakyat untuk tidak memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada Isnin 2 Mac 2020 dan Seri Paduka Baginda akan terus berusaha untuk mencari jalan penyelesaian selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

-Advertisement-

Kenyataan Media dari pihak Istana Negara memaklumkan bahawa Pihak Istana Negara akan berhubung dengan Ketua – Ketua pimpinan parti Politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat untuk memberi peluang untuk mengemukakan pencalonan nama Ahli Dewan Rakyat  untuk diangkat sebagai Bakal Perdana Menteri. – The Capital Post

Share this Article
  • 58
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    58
    Shares