Ahli Parlimen Sokong Muhyiddin Yassin akan bertambah

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 29 Feb 2020 (The Capital Post) – Tan Sri Muhyiddin Yassin  yang telah memperolehi sokongan 114 Ahli Parlimen yang membolehkan beliau diberi perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri ke-8 dijangka akan mendapat sokong lebih ramai Ahli Parlimen setelah mengangkat sumpah.

Dengan pertambahan sokongan Ahli Parlimen kepada Tan Sri Muhyiddin, ianya membolehkan kestabilan politik bertambah kukuh dan lebih – lebih lagi dengan adanya sokongan tambahan ini, Tan Sri Muhyiddin boleh membuat keputusan penting di Peringkat Parlimen.

-Advertisement-

Mengenai bilangan sokongan 114 Ahli Parlimen menyokong Tan Sri Muhyiddin, ianya disahkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hasan ketika ditemui media di pekarangan kediaman Muhyiddin.

-Advertisement-

“Beliau dapat 114 sokongan (Ahli Parlimen). Ini bukan kerajaan minoriti, tapi majoriti daripada 222 (Ahli Parlimen),” katanya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang merupakan Presiden Parti Bersatu berjaya menumbangkan Pengerusi Parti Bersatu Tun Dr Mahathir yang berdamai dengan pemimpin – pemimpin Pakatan Harapan awal pagi ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bersumpah sebagai Perdana Menteri ke-8 pada 10.30 pagi pada 1 Mac (esok) di Istana Negara.- The Capital Post

Share this Article
  • 7
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    7
    Shares