Tun M bukan lagi Pengerusi Bersatu – Muhyiddin

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 29 Feb 2020 (The Capital Post) – YAB Tun Dr Mahathir Mohamad bukan lagi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuatkuasa 24 Februari 2020, menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, menurut Fasal 16.9 perlembagaan parti, sekiranya Pengerusi berhenti atau diberhentikan, maka Presiden secara automatik memangku jawatan tersebut sehingga pemilihan diadakan untuk memilih Pengerusi baharu, katanya.

-Advertisement-

-Advertisement-

Sehubungan itu, Muhyiddin menafikan sebarang kenyataan Dr Mahathir yang dikeluarkan atas kapasiti beliau sebagai Pengerusi Bersatu adalah tidak sah.

“Saya selaku Presiden memangku jawatan Pengerusi Bersatu sehingga pemilihan diadakan kelak,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Pada 24 Februari lalu, Dr Mahathir Mohamad telah meletak jawatan Pengerusi Bersatu selepas meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. – The Capital Post

Share this Article
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares