Konsert Rajhesh Vaidhya di KL

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: 2 MAC 2020 (The Capital Post) – Pada 15 Mac 2020, Rajhesh Vaidhya, iaitu pemain alat muzik veena yang terkenal di India akan mempamerkan sentuhan irama klasik India menerusi lagu ‘Cindai’ yang dinyanyi oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza.

-Advertisement-

Selain itu, beliau juga akan mempersembahkan lagu ‘Negaraku’ dalam konsert yang akan berlangsung pada hari tersebut.

Yayasan Suara Rakyat Malaysia turut bekerjasama dalam menganjurkan konsert ini yang akan berlangsung di Auditorium Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor. Konsert tersebut akan bermula pada jam 6:30 petang.

-Advertisement-

Hasil jualan tiket akan digunakan untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik untuk melanjutkan pengajian.

Harga tiket bermula daripada RM90 hingga RM1000 dan boleh membeli melalui airasiaredtix.com.

Sila hubungi Elizabeth di talian 016-225 8797 atau Jayanthi 012-297 0351 jika ade sebarang pertanyaan atau untuk maklumat yang lebih lanjut. – The Capital Post

Share this Article
  • 5
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    5
    Shares