Latheefa Koya letak jawatan – Sumber

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 5 Mac 2020 (The Capital Post) – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya dikatakan telah meletak jawatannya berkuatkuasa malam ini menurut sumber.

Menurut Akhbar Malay Mail , sumber berkata “Dia telah meletak jawatan. Datuk Seri Azam Baki (Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM) akan mengambil alih jawatan tersebut pada hari Isnin depan,” menerusi satu sms yang dihantar oleh sumber yang tidak mahu dikenali.

-Advertisement-

-Advertisement-

Sumber juga mengatakan  Datuk Seri Azam akan mengambil alih Suruhanjaya tersebut buat sementara waktu buat masa ini, tetapi kemungkinan  besar beliau akan dinaikkan pangkat menjadi ketua MACC secara kekal dalam masa terdekat.

Pihak The Capital Post dalam usaha dalam mendapatkan komen Puan Latheefa Koya dan Datuk Seri Azam Baki namun usaha kami gagal. Berita penuh akan menyusul – The Capital Post

Share this Article
  • 1.2K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1.2K
    Shares