Langkah pencegahan lindungi jemaah haji

Estimate Reading Time: < 1 minute

RIYADH: Gabenor Madinah, Putera Faisal Salman mengkaji langkah pencegahan bagi melindungi jemaah ketika musim haji akan datang.

-Advertisement-

Kerajaan Arab Saudi mengenakan sekatan bertujuan untuk mencegah penyebaran coronavirus baharu (COVID-19) sejak wabak itu tercetus di Wuhan, China.

Saudi Press Agency (SPA) melaporkan Putera Faisal turut menekankan kepentingan memperkasakan langkah membendung penularan COVID-19.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Haji di Madinah pada Sabtu.

Putera Faisal menegaskan mengenai keperluan mematuhi prosedur dan memberi kerjasama kepada semua pihak yang berkhidmat di Masjid Nabawi di Madinah.

-Advertisement-

Putera Faisal turut diberi taklimat mengenai langkah-langkah pencegahan yang telah disediakan untuk memberikan perlindungan dan keselamatan maksimum kepada jemaah.

Mesyuarat itu dikatakan turut membincangkan mengenai perkembangan kesihatan di wilayah itu dan program dilaksanakan agensi kerajaan serta persediaan pusat kawalan dan perintah untuk mengikuti kesemua prosedur bagi mencegah penularan virus berkenaan.

Selain itu, ia turut memberi tumpuan kepada pasukan yang melakukan pemeriksaan di lapangan terbang dan sempadan untuk melaksanakan garis panduan kesihatan dikeluarkan pihak berkuasa.

Pada 27 Februari lalu, Riyadh menggantung sementara visa umrah dan turut melakukan pembersihan di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi serta masjid lain di seluruh negara. – Saudi Press Agency

-Berita Harian

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share