Menteri Besar Perak Menghadap Sultan

Estimate Reading Time: < 1 minute

IPOH, 10 Mac (The Capital Post) – Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah diperkenan untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, pagi ini untuk memberikan taklimat perkembangan politik terkini di negeri tersebut.

Ahmad Faizal, 50, tiba di Istana Kinta di sini pada jam 9.10 pagi dijangka akan mempersembahkan senarai nama Exco dan anggota pentadbiran baharu negeri tersebut.

Ahmad Faizal mengumumkan gabungan Perak Perikatan Nasional yang terdiri daripada UMNO, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah mendapat sokongan daripada 32 ADUN untuk membentuk kerajaan negeri baru dalam satu sesi sidang media yang diadakan semalam.

Ahmad Faizal berkata 32 ADUN terdiri daripada 25 dari Barisan Nasional, yang semuanya berasal dari UMNO; tiga dari PAS; dan empat dari Bersatu.

Selain itu, empat wakil dari Pakatan Harapan (PH) juga meninggalkan parti mereka dan memberi sokongan kepada Perikatan Nasional, dengan seorang ADUN PKR menyertai Bersatu, dan dua dari DAP dan satu dari Amanah mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamahri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong dan ADUN Buntong A. Sivasubramaniam dan Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim. – The Capital Post

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share