MIC Tangguh Semua Mesyuarat Cawangan – Setiausaha Agung MIC

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 16 Mac 2020 (The Capital Post) – Setiausaha Agung Parti Malaysian Indian Congress (MIC), Datuk Asojan Muniyandy mengarahkan penangguhan serta – merta semua mesyuarat cawangan MIC di seluruh negera.

Ini berikutan daripada Kenyataan Media daripada  Pejabat Pendaftaran Pertubuhan atau lebih dikenali sebagai ROS yang telah meminta semua pertubuhan untuk membatalkan semua jenis program atau mesyuarat yang membabitkan kumpulan orang ramai.

-Advertisement-

-Advertisement-

“Ini adalah (penangguhan mesyuarat MIC) sebagai langkah berjaga – jaga akibat daripada penularan wabak COVID-19” kata Datuk Asojan melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh lewat petang ini.

Semua mesyuarat cawangan yang sepatutnya bermula hari ini (16 Mac 2020) ditangguh ke satu tarikh yang akan dimaklumkan oleh ibupejabat MIC. Parti MIC mempunyai lebih 4000 cawangan di seluruh Malaysia. – The Capital Post

Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Malaysian Indian Congress pada 16 Mac 2020
Share this Article
  • 4
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    4
    Shares