COVID-19 : 1,781 Tabika ditutup sehingga 31 Mac

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: 19 Mac 2020 (The Capital Post) – Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique mengarahkan semua agensi dibawah kementerian tersebut ditutup selaras dengan arahan perlaksanaan perintah kawalan pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 16 Mac lepas.

Datuk Halimah berkatya sebanyak 1,781 buah Tabika Perpaduan dan 41 Taska Genius Perpaduan di seluruh negara ditutup serta merta mulai 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.

-Advertisement-

Oleh hal demikian, beliau menasihatkan supaya semua ibubapa dapat memantau anak-anak masing-masing sepanjang tabika dan taska ditutup serta mematuhi arahan kerajaan supaya meminimakan pergerakan dengan tidak keluar rumah tanpa urusan yang penting.

Semua aktiviti yang telah dirancang oleh 8,274 Kawasan rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara juga dibatalkan serta merta mulai 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.

-Advertisement-

Selain itu, ibubapa atau ahli jawatankuasa KRT yang mempunyai sebarang kemusykilan dinasihatkan supaya menghubungi Pegawai Jawatan Perpaduan Daerah yang berkaitan.

Perkara ini dimaklumkan kepada pihak media melalui satu kenyataan media yang dikeluakan oleh kementerian tersebut pada 18 Mac 2020- The Capital Post

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share