MIC Tanggung RM1.05 juta bawa balik Rakyat Malaysia dari India

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR, 20 Mac 2020 (The Capital Post) – Parti Malaysian Indian Congress (MIC) hari ini mengumumkan bahawa parti tersebut akan menanggung kos penerbangan membawa pulang rakyat Malaysia terkandas di India sejak India dan Malaysia mengumumkan penutupan sempadan masing – masing berikutan penular wabak Covid-19.

-Advertisement-

Presiden MIC, YB Senator Tan Sri SA Vigneswara melalui satu surat setuju terima kepada pihak Air Asia memaklumkan bahawa MIC sedia menanggung kos sebanyak RM1.05 juta untuk menyewa khas 6 pesawat kapal A320 untuk membawa pulang hampir 1500 (angka sehingga 20 Mac 2020- 10pm) rakyat Malaysia yang terkandas di negara tersebut.

Menurut laporan berita Awani, tiga buah pesawat akan diterbangkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai dan tiga lagi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tiruchirappalli secara serentak setelah mendapat kebenaran penerbangan dari kedua – dua negara. Wisma Putra dan kedutaan Malaysia di India giat menguruskan untuk membawa pulang rakyat Malaysia.

-Advertisement-

Tan Sri SA Vigneswaran memberitahu, setiap sebuah persawat berkapasiti untuk membawa 186 penumpang dan dengan ini kira-kira 1,116 rakyat mampu dibawa pulang dengan usaha yang di ambil oleh Parti MIC.

MIC sebelum ini telah menyediakan kemudahan tempat tinggal dan makanan kepada rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Chennai dan Thrichy kerana tidak dibenarkan untuk memasuki lapangan terbang berikutan daripada perintah larangan  kemasukan daripada negara india untuk semua jenis penerbangan dari negara yang merekodkan kes Covid-19 yang tinggi – The Capital Post

Surat Setuju Terima daripada Presiden MIC YB Senator Tan Sri SA Vigneswaran kepada Pengurusan AirAsia/20 Mac 2020
Share this Article
  • 354
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    354
    Shares