TNB menghentikan operasi potong bekalan dan bacaan meter

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menghentikan operasi pemotongan bekalan, bacaan meter dan Kedai Tenaga di seluruh negara sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan dari 18-31 Mac.

Ketua Pegawai Operasi TNB, Roslan Ab Rahman berkata, langkah itu diambil untuk menjaga kepentingan orang awam dan warga kerja TNB yang terlibat.

-Advertisement-

Beliau berkata, petugas teknikal syarikat itu akan bekerja untuk memastikan perkhidmatan dan bekalan yang berterusan.

-Advertisement-

“Ini termasuk kakitangan teknikal di bahagian elektrikal dan grid (talian penghantar elektrik), kerja-kerja penyambungan dan pemasangan semula serta bahagian operasi kritikal lain, seperti khidmat pelanggan, kemudahan kawalan tenaga dan keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik, pengguna boleh menghubungi TNB CareLine di 15454 atau melalui laman Facebook TNB CareLine.

Pelanggan juga dinasihatkan untuk menggunakan kemudahan transaksi dalam talian untuk sebarang urus niaga, seperti portal myTNB dan aplikasi TNB, katanya. – FMT

Share this Article
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares