1,519 Rakyat Malaysia terkandas di India – Wisma Putra

Estimate Reading Time: < 1 minute

WISMA PUTRA, 21 Mac 2020 (The Capital Post) – Timbalan Menteri Luar Negeri YB Dato Haji Kamaruddin Jaffar hari ini memaklumkan bahawa seramai 1,519 (setakat 12.15pm, 21 Mac 2020) rakyat Malaysia terkandas di Negeri India khususnya di Chennai, Tiruchy, Mumbai dan New Dehli.

-Advertisement-

YB Dato Haji Kamaruddin Jaffar berterima kasih kepada Parti MIC khususnya kepada Presiden yang juga merupakan Speaker Dewan Negara Tan Sri Vigneswaran atas inisiatif untuk menanggung kos sewaan 6 pesawat khas AirAsia untuk membawa pulang seramai 1,116  (fasa pertama) rakyat Malaysia dari india.

-Advertisement-

Sidang Media khas juga dihadiri oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan yang mengucapkan terima kasih kepada Menteri Luar Negeri Dato Seri Hishammuddin dan Wisma Putra yang berjaya memdapat kelulusan dari negara India untuk membawa pulang rakyat Malaysia.

Malah Timbalan Presiden MIC tersebut menzahirkan penghargaan beliau kepada  Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pengangkutan Malaysia yang turut menyediakan 2 buah pesawat MAS untuk membawa pulang baki rakyat Malaysia dalam fasa kedua dari Chennai dan Mumbai.

Datuk Seri M. Saravanan memohon agar semua rakyat Malaysia bersabar dalam mengharungi situasi penularan wabak Covid-19 dan percaya kepada Kerajaan Malaysia yang komited dalam membawa balik semua rakyat ke tanah air secepat mungkin. Sidang Media khas tersebut dipaparkan secara langsung di Laman Media Sosial Wisma Putra – The Capital Post

Share this Article
  • 37
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    37
    Shares