Covid-19 : 8 orang maut setakat 7pm, 21 Mac 2020

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 21 Mac 2020 (The Capital Post) – Angka kematian berikutan penularan wabak Covid-19 kini meningkat kepada 8 orang setakat 7pm 21 Mac 2020. Maklumat ini dikemaskini oleh Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah melalui satu kenyataan yang disiarkan melalui facebook rasmi beliau. – The Capital Post

-Advertisement-

-Advertisement-

– Kes kematian ketujuh melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 57 tahun, mempunyai sejarah perjalanan ke Vietnam dan kontak dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh. Beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020 setelah mengalami gejala demam, batuk dan sakit tekak selama seminggu. Keadaan kesihatan beliau kemudiannya merosot sehingga memerlukan bantuan pernafasan pada keesokan harinya. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 3.22 petang pada 21 Mac 2020.

– Kes kematian kelapan pula adalah melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 69 tahun daripada kluster tabligh. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tumpat pada 16 Mac 2020 setelah mengalami gejala demam sejak 12 Mac 2020. Beliau telah dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada 18 Mac 2020 setelah didapati keadaan kesihatan merosot dan kemudian memerlukan bantuan alat pernafasan pada keesokan harinya. Beliau disahkan meninggal dunia pada 21 Mac2020 pada jam 4.00 petang.

Facebook – Datuk Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah
Ketua Pengarah, Kementerian Kesihatan Malaysia

Share this Article
  • 18
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    18
    Shares