Covid-19 : Selangor Hadkan Waktu Operasi Perkhidmatan

Estimate Reading Time: < 1 minute

SELANGOR, 21 Mac 2020 (The Capital Post) – Menteri Besar Selangor, YB Amirudin Shari hari mengumumkan langkah tambahan di negeri selangor selaras dengan perintah kawalan pergerakan yangi dilaksanakan kerajaan persekutuan sejak 18 Mac lalu.

Arahan tambahan ini merangkumi Restoran, warung dan kedai serbaneka di Selangor hanya dibenarkan beroperasi setiap hari bermula jam 6 pagi hingga 12 tengah malam sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan.

-Advertisement-

Selain itu, pasar awam dan pasar borong pula dibenarkan beroperasi mulai jam 5 pagi sehingga 4 petang saja dengan bilangan pembeli dari sesebuah keluarga dihadkan.

Untuk pasar raya pula, dibenarkan buka sehingga tengah malam. Bagaimanapun, premis tersebut perlu mengikut perintah kawalan pergerakan untuk hanya membuka bahagian peruncitan makanan sahaja.

-Advertisement-

Manakala perkhidmatan pembaikan kereta dan alat ganti dibenarkan buka bermula jam 9 pagi sehingga 4 petang. Untuk Pengusaha trak saji (food truck), pasar tani dan pasar malam antara sektor perkhidmatan yang tidak dibenarkan untuk beroperasi.

Bagi perkhidmatan menunda kereta, tiada ketetapan masa dibuat dan semua perkhidmatan dobi dan pusat cucian kereta tidak dibenarkan beroperasi.

“Arahan-arahan ini berkuat kuasa sehingga 31 Mac 2020 sebagaimana ditetapkan melalui perintah kawalan pergerakan yang diumumkan oleh kerajaan persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan media selepas mesyuarat penyelarasan Selangor Gempur Covid-19 bersama PBT dan pegawai daerah Selangor. – The Capital Post

Share this Article
  • 23
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    23
    Shares