Covid-19: Topeng muka percuma untuk rakyat – PM

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 23 Mac 2020 (The Capital Post) –  Kerajaan telah memutuskan untuk menyalurkan topeng muka secara percuma kepada semua rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.Walau bagaimanapun, topeng muka perlu diimport kerana pengeluaran tempatan gagal memenuhi keperluan domestik.

-Advertisement-

“Walaupun bekalan (oleh pengilang tempatan) tidak mencapai tahap yang memuaskan, kami telah memutuskan untuk mengimport 10 juta keping topeng muka dari China pada kadar segera.

-Advertisement-

“Semalam saya telah mengarahkan NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan) untuk menggunakan peruntukan kerajaan untuk pembelian tepong muka dari China dan Saya diberitahu ia menelan kos RM1.18 sekeping.

“Saya ingin mengumumkan bahawa kami akan mengagihkannya secara percuma kepada semua rakyat Malaysia yang memerlukan, itu adalah sumbangan kerajaan,” katanya pada sidang akhbar khas selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Di samping itu, Muhyiddin berkata beliau berharap pengeluar tempatan dapat terus menghasilkan topeng muka yang mencukupi untuk memenuhi permintaan walaupun mereka menghadapi masalah mendapatkan bahan mentah dari luar negara. – The Capital Post

Share this Article
  • 21
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    21
    Shares