MIC Biaya Penerbangan 270 Rakyat Malaysia dari Bangladesh

Estimate Reading Time: 2 minutes

PUTRAJAYA, 24 Mac 2020 (The Capital Post) – Wisma Putra melalui Perwakilannya di negara Bangladesh sedang membuat persiapan untuk membawa pulang rakyat malaysia yang terkandas di negara Bangladesh. Setakat 12 tengahari, 24 Mac 2020, seramai 367 rakyat Malaysia yang telah dikenalpasti oleh perwakilan Malaysia di negara tersebut, umum Dato Seri Hishammuddin Hussien, Menteri Luar Negeri.

“Daripada 367 rakyat Malaysia, 219 orang merupakan pelajar, 55 kakitangan hospital, 73 orang rakyat Malaysia yang menetap atau berkerja dan 20 penjawat awam yang bertugas di Bangladesh. Seramai 270 rakyat Malaysia bersetuju untuk dibawa pulang manakala Wisma Putra telah memohon 7 penjawat awam untuk tinggal dan membantu rakyat Malaysia yang akan kekal di Bangladesh,” tambah beliau melalui sidang media khas yang siarkan melalui Facebook rasmi Wisma Putra.

-Advertisement-

Kesemua 270 rakyat Malaysia akan dibawa pulang melalui pesawat Airbus 332 milik Malaysian Airlies dan Kerajaan Bangladesh telah pun memberikan kelulusan mendarat melalui hasil perbincangan antara dua negara. Kos membawa pulang rakyat Malaysia ini juga akan dibiayai sekali lagi oleh Parti MIC.

Presiden MIC, YB Senator Tan Sri SA Vigneswaran yang juga Presiden MIC berterima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato Seri Hishammuddin Hussien, Menteri Luar Negeri yang bertungkus – lumus dalam membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas khususnya daripada negara India dan Bangladesh.

Tambah Presiden MIC, parti politik tersebut bukan menghulurkan bantuan ini kepada rakyat malaysia yang berketurunan India tapi ianya untuk membawa pulang semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.

-Advertisement-

Menjawab dakwaan segelintir pihak yang menyoalkan bayaran penerbangan yang dibiayai oleh MIC, Tan Sri SA Vigneswaran mengingatkan bahawa ini merupakan satu situasi kecemasan global dan adalah menjadi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk membantu kerajaan dalam menangani Covid-19. “Saya berharap agar ramai lagi persatuan, parti politik dan semua pihak akan tampil kehadapan untuk membantu Kerajaan dan membawa pulang rakyat Malaysia pulang.

MIC sebelum ini telah membiayai 6 buah pesawat khas daripada Syarikat Air Asia untuk membawa pulang hampir 1116 rakyat Malaysia yang terkandas di Chennai dan Trichy, India.

Menteri Luar Negeri, Dato Seri Hishammuddin Hussein merakamkan penghargaan kepada Yang Dipertua Dewan Negara yang juga Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran atas kesanggupan Parti MIC tampil kehadapan untuk membantu Wisma Putra – The Capital Post

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share