Tak adil bayar gaji penuh ketika kawalan, kata majikan

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Persekutan Majikan-majikan Malaysia membidas arahan bawah perintah kawalan pergerakan yang menetapkan bayaran penuh bagi pekerja dalam perkhidmatan bukan asas, mengatakan ia tidak adil pada majikan.

Pengarah Eksekutif Shamsuddin Bardan berkata arahan itu, ditambah pula dengan iklim ekonomi semasa, boleh menyebabkan perniagaan hancur.

-Advertisement-

Beliau berkata kawalan itu, yang berkuatkuasa pada 18 Mac, menyebabkan tiada perniagaan bagi peruncit tetapi majikan masih perlu menanggung kos operasi seperti sewa dan bayaran kepada pembekal.

Menurut arahan itu, katanya, majikan perlu bayar pekerja secara penuh selain menyumbang kepada KWSP dan Perkeso, serta menanggung pinjaman bank.

-Advertisement-

“Ia dasar yang tidak realistik dan boleh menyaksikan lebih banyak orang diberhentikan kerja pada kadar lebih cepat,” katanya kepada FMT.

Beliau tertanya adakah kementerian pertimbangkan dari mana majikan boleh dapatkan hasil sepanjang kawalan itu.

Kementerian Sumber Manusia berkata majikan perlu bayar pekerja secara penuh, termasuk pekerja yang dibayar secara harian.

Katanya pekerja boleh mengadu kepada Jabatan Buruh jika majikan enggan membayar mereka. – FMT

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share