TAR UC memberi sumbangan makanan percuma untuk pelajar kampus utama KL

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: 24 Mac 2020 (The Capital Post) – Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) menyediakan makanan percuma kepada pelajarnya mulai hari Selasa (24 Mac).

Untuk memastikan kebajikan pelajar, TAR UC akan menyediakan sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam percuma kepada pelajar yang kini tinggal di dalam dan di luar Kampus Utama Kuala Lumpur dari 24 hingga 31 Mac.

-Advertisement-

“Majlis Perwakilan Pelajar TAR UC (SRC) akan berhubung dengan pelajar-pelajar ini untuk membantu dan memberi sokongan dalam apa-apa bentuk semasa perintah kawalan pergerakan (MCO) dijalankan.

“Identiti pelajar akan disahkan untuk memastikan bahawa hanya pelajar TAR UC yang tulen akan menerima bantuan dan sokongan yang diperlukan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin (23 Mac).

Semua pelajar dinasihatkan agar terus berhubung dengan SRC supaya TAR UC dapat memberikan sokongan yang diperlukan.

Pelajar yang tinggal di luar kampus digalakkan menghubungi naib presiden TAR UC iaitu Prof Madya Dr Chook Ka Joo di 012-664 6898 atau presiden TAR UC SRC Sukhmit Singh di 016-930 6729 untuk mengatur bantuan makanan.

Pelajar kampus cawangan TAR UC yang lain, boleh menghubungi nombor-nombor berikut untuk bantuan:

-Advertisement-

> Kampus Pulau Pinang: 011-1082 5618

> Kampus Perak: 011 – 1075 8513

> Kampus Johor: 011 – 1082 5624

> Kampus Pahang: 011 – 1082 5631

> Kampus Sabah: 011 – 1082 5619     – The Capital Post

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share