Dua Kawasan Simpang Renggam, Diperketatkan Sepenuhnya

Estimate Reading Time: 2 minutes

SIMPANG RENGAM, 26 Mac 2020 (The Capital Post) – Atas nasihat Menteri Kesihatan Malaysia, Kerajaan mengambil keputusan untuk memperketatkan Perintah Kawalan Pergerakan (Enhanced Movement Control Order) di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor berikutan dua kawasan tersebut terdapat 83 kes positif jangkitan Covid-19, kata Menteri Kanan yang juga Menteri Pertahanan Malaysia Dato Sri Ismail Sabri, sebentar tadi.

-Advertisement-

-Advertisement-

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)  di dua kawasan tersebut melibatkan 3,570 orang penduduk tempatan daripada 650 keluarga. Perintah ini berkuasakuasa tengah malam ini 27 Mac 2020 sehingga 9 April 2020.
Tindakan PKPD ini bertujuan membendung jangkitan COVID19 daripada menular keluar dari kawasan tersebut.

Dengan pelaksanaan PKPD , semua penduduk dan pelawat yang telah berada di kawasan tersebut tidak dibenarkan keluar sepanjang tempoh PKPD dilaksanakan manakala bukan penduduk tempatan dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut sepanjang tempoh PKPD dilaksanakan.

Karajaan juga mengarahkan semua aktiviti perniagaan dihentikan dan makanan asas akan dibekal kepada semua penduduk oleh Jabatan Kebajikkan Masyarakat. Kementerian Kesihatan juga akan membuka pangkalan perubatan di kawasan PKPD

Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup dan dikawal rapat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia , Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, dan RELA akan mengawal seluruh kawasan tersebut. – The Capital Post

 

Share this Article
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares