Tesco ‘Selamatkan’ Kaum Suami daripada dimaki Isteri

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA, 26 Mac 2020 (The Capital Post) – Tesco Malaysia telah mencipta panduan  khas kepada “Ketua Rumah” khususnya kepada para suami yang dipertanggungjawabkan oleh isteri atau keluarga mereka untuk membeli barangan makanan asas seperti ayam, ikan dan sayur-sayuran semasa Perintah Kawalan Pergerakan.

Kempen “Now All Husbands Can Shop” atau dalam bahasa Malaysia “Kini Semua Suami Boleh membeli belah” juga berkata “Kepada semua ketua rumah , kami faham bahawa perkara-perkara yang mungkin mengelirukan anda pada masa seperti ini. Gunakan panduan khas ini untuk membeli belah di Tesco” yang disiarkan di laman Facebook Rasmi, Tesco Malaysia.

-Advertisement-

Panduan  pembelian barang asas ini dikategorikan kepada pelbagai jenis ikan dan sayur-sayuran yang terdapat di pasaraya berserta gambar-gambar barang. Ini termasuk ikan sardin, ikan bawal emas, ikan patin hitam, sayur bayam, kubis Cina dan bawang merah. Panduan ini juga mengenal pasti bahagian ayam yang berbeza supaya suami tidak dapat keliru semasa mencari barangan di pasar raya.

-Advertisement-

Semakan Portal The Capital Post mendapati ramai mengucapkan terima kasih kepada pihak Tesco untuk panduan tersebut kerana ia akan membantu suami mereka, manakala ada segelintir khususnya warga isteri-isteri mengatakan mereka pasti suami mereka masih akan mendapat barangan yang salah.

Semalam, YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Kerajaan Malaysia melanjutkan lagi Perintah Kawalan Pergerakan ke 14 April selepas terdapat kenaikan  mendadak dalam kes COVID-19 di seluruh negara. – The Capital Post

Tesco1
« 1 of 5 »
Share this Article
  • 4
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    4
    Shares