MIC bantu Wisma Putra Bawa Pulang 1,988 Rakyat Malaysia

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 28 March 2020 (The Capital Post) – Parti Malaysian Indian Congress atau MIC sekali lagi akan membantu Wisma Putra dalam membawa pulang 1,988 rakyat Malaysia yang terkandas di 5 lokasi berlainan di negara India. Perkara ini diumumkan oleh Dato’ Kamaruddin Jaffar, Timbalan Menteri Luar Negeri dalam satu sidang media khas petang tadi.

-Advertisement-

Timbalan Menteri Luar Negeri berkata sebanyak 12 pesawat komersial akan dibiayai oleh Parti MIC dalam membawa pulang 1,988 pesawat ini dan beliau juga merakamkan ucapan penghargaan akan kesediakan Parti MIC dan Presiden MIC YB Senator Tan Sri SA Vigneswaran dalam membantu Wisma Putra untuk membawa balik baki rakyat Malaysia yang terkandas di India dalam fasa kedua ini.

Timbalan Presiden MIC yang juga Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata bahawa MIC memahami kesukaran yang dialami oleh Kerajaan Malaysia dan Wisma Putra untuk membawa balik pulang rakyat Malaysia memandangkan negara india merupakan negara yang paling ramai rakyat malaysia terkandas.

-Advertisement-

Dengan bantuan biayaan 12 pesawat ini, ia akan mempercepatkan proses membawa balik rakyat malaysia tapi bergantung kepada kelulusan negara India untuk memberi kebenaran mendarat di negara tersebut.

Sebelum ini MIC telah membiayai 6 buah pesawat khas untuk membawa pulang 1106 rakyat Malaysia yang terkandas di Chennai dan Trichy dan 2 pesawat ke Dhaka, Bangladesh untuk membawa pulang lebih 200 rakyat Malaysia. – The Capital Post

 

Bilangan Rakyat Malaysia Yang Terkandas di India
Setakat 12pm, 28 Mac 2020
Lokasi Bilangan Rakyat
Chennai 916
Trichy 523
New Delhi 328
Amritsar 173
Mumbai 48
Jumlah 1988 Orang

 

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share