COVID-19: Rakyat yang pulang dari luar negara di semua pintu masuk negara akan dikuarantin

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan kuarantin ke atas rakyat Malaysia dan warga asing yang masuk ke negara ini akan membabitkan semua kemasukan melalui jalan darat, laut dan udara serta ketibaan di semua pintu sempadan termasuk Sabah dan Sarawak.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sebaik tiba di pintu sempadan, semua akan di bawa dengan bas terus ke pusat kuarantin yang ditetapkan.

-Advertisement-

-Advertisement-

Katanya, ada pasukan khas yang mengendalikan rakyat Malaysia yang di bawa ke pusat kuarantin yang ditetapkan itu.

“Pasukan khas ini akan menjaga kebajikan rakyat kita yang dikuarantin termasuk mengendalikan makan, minum dan kemudahan lain mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya pada sidang media khas selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Putrajaya, hari ini.

-BH

Share this Article
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares