Rooney berang pemain ditekan

Estimate Reading Time: < 1 minute

LONDON: Wayne Rooney mengkritik kerajaan United Kingdom dan Liga Perdana Inggeris kerana meletakkan pemain bola sepak dalam situasi tersepit berkaitan pemotongan gaji.

-Advertisement-

Pemain-pemain berdepan pemotongan gaji bagi membantu Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) menangani pandemik COVID-19.

Bekas kapten England itu, kini beraksi untuk kelab Liga Kejuaraan Derby, berkata, pemain-pemain menjadi sasaran mudah dalam usaha menangani pandemik berkenaan.

Persatuan Pemain Bolasepak Profesional (PFA) berkata cadangan pemotongan 30 peratus mampu memberi impak ke atas NHS kerana ia akan mengurangkan kadar potongan cukai.

-Advertisement-

Menurut Rooney, dia tidak kisah untuk memberi sumbangan bagi tujuan itu, sama ada menerusi pemotongan gaji atau sumbangan terus kepada NHS, tetapi tekanan ke atas pemain-pemain adalah tidak wajar.

“Jika pihak kerajaan meminta bantuan saya daripada segi kewangan untuk kakitangan perubatan atau peralatan, saya sanggup menolong – dengan syarat saya tahu ke mana wang itu akan pergi.

“Namun tidak semua pemain berada di kedudukan saya. Tetapi tiba-tiba semua pemain dituntut untuk memotong 30 peratus gaji mereka. Mengapa pemain bola sepak menjadi mangsa?” kata Rooney.

– AFP

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share