Indeks jenayah Malaysia turun 70 peratus

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Laporan indeks jenayah di seluruh negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menurun sebanyak 70 peratus.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaporkan indeks jenayah menunjukkan penurunan.

-Advertisement-

Katanya, rakyat sentiasa memberi komen di dalam media sosial menyatakan kebimbangan rumah mereka kosong dan takut jenayah semakin meningkat.

-Advertisement-

“Statistik oleh PDRM ini menunjukkan selama PKP dilaksanakan indeks jenayah menurun sebanyak 70 peratus.

“Ini berita yang menggembirakan kita,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan PKP di Putrajaya di sini, hari ini.-

-BH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share