AMM saran lanjutkan PKP hingga selepas Aidilfitri

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Akademi Perubatan Malaysia (AMM) menyarankan kerajaan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga selepas sambutan Aidilfitri.

-Advertisement-

Badan yang mewakili pakar perubatan negara itu berpandangan, larangan perjalanan antara negeri yang tidak perlu mesti diteruskan sebelum dan selepas Aidilfitri atas faktor kesihatan awam.

Katanya, ia turut merangkumi sambutan Hari Gawai dan Pesta Kaamatan di Sarawak dan Sabah yang menyusul.

-Advertisement-

Katanya, risiko untuk virus COVID-19 disebarkan terutama kepada warga emas selepas pulang ke kampung amat besar, malah kesesakan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) sepanjang perjalanan akan menyebabkan penjarakan sosial gagal dilakukan.

“Walaupun kita tahu ramai yang ingin melakukan perjalanan untuk meluangkan masa dengan orang tersayang pada Ramadan dan Aidilfitri, kita perlu ingat apa yang berlaku tahun ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Wabak COVID-19 memerlukan kita menjadikan penjarakan sosial sebagai norma baharu untuk sekurang-kurangnya bagi satu jangka masa sehingga situasi berada di bawah kawalan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

-BH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share